Wednesday, 31 August 2011

Riang Ria Raya 2011

Salam Aidilfitri & Salam Merdeka

Syukur alhamdulillah...genap sebulan kita berpuasa dan tibalah masanyer kite meraikan kemenangan dengan menyambut bulan Syawal yg mulia. Macam-macam ragam dpt dilihat pada mlm sebelum raya hinggalah ke hari raya yg jatuh pada tanggal 30 Ogos 2011 ni. Biasanya kanak-kanak la yang paling seronok kan bile hari raya menjelang. Tetibe teringat zaman kanak-kanak kite bergumbira bermain bunga api dan mercun. Tahun ni tak kalah juga kemeriahannya di kampung halamanku yang indah lagi permai ni. Ke"permai"ainnyer bertukar seolah-olah berada kat medan perang!!! Mane taknyer, masing-masing sibuk berlawan mercun antara satu same lain. Bom sane, bom sini. Memang bingit dibuatnyer. Jantung pon kene KUAT!!!. Kalo tak memang kene serangan jantung la gamaknyer. Ada juga yg pasang bunga api sebesar alam kalah nak sambut new year! Kaya betol penduduk-penduduk halamanku ini eh!. Sanggup bakar duit macam tu je. Tu la alkisahnyer di malam raya. Setahun sekali kannnnnn...



Haaaaaaa....ni haaaa bunga api sebesar alam!...tapi cantekkkk!!!


Ni pulak alkisahnyer di pagi hari raya. Selepas solat sunat Aidilfitri, sempat la membawa diri ke tanah perkuburan untuk menziarah kubur mereka yang telah tiada. Sesak ngan manusia-manusia. Tetibe dalam perjalanan terserempak ngan ade sorang minah ni. Naek kereta Satria Neo putih. Turun je kereta tak hengat tau uolssss!!!. Pakaianyer untuk menziarahi kubur ala-ala macam da nak ke Grammy Award!!!. Oittt Cek kiah!. Ko hengat ko pegi menziarah kubur macam ko nak pegi ambik trofi ke!. Seksi tak hengat! Ingat dia paling VOUGE la tu!. Memang geram sangat ngan minak tu taw! Macam tak de sensitiviti langsung!. Sabar je la. Dalam hati memang dia da kena maki hamun. 




Haaaa.. ni pic ku sewaktu di pagi hari raya. Bertemakan color 'Honeysuckle" which is the color of the year for 2011, secara jujurnya aku memang suke gila ngan color ni. So sweeeeeeeeettttt sgttttt kan!!. Hahaha.. Sesi bersalam-salaman berlaku seperti biasa. Memohon kemaafan untuk segala dosa-dosa nan lalu. Tak lupa, tahun ni giliran aku pulak yang bagi duit raya untuk semua. Tapi ade gak yang baik hati nak bagi ak duit raya. Macam mane tu?!. hahahaha.. Orang memberi , kita menerima. Tak gituuuuuuuu.. Mohon maap untuk followers ku di blog ku ini. Maap zahir dan batin dari hujung rambut hinggalah ke hujung kuku kaki ok! Selamat hari raya dan Salam Merdeka yg ke 54!