Sunday, 22 May 2011

Bayou, Alamanda Putrajaya


Salam...

Selamat berhujung minggu uolsss. Last week, teman si Wani Eddany shopping kat Alamanda, Putrajaya. Katernyer nak shopping Parfum untuk hantarannya. Sampai poning pale den memilih Parfum last2 tak pon membeli. Hahahaha..tapi suke gile la dengan wangian jenama " DIOR"..sampai kena marah dengan promoter tu coz aku memerli wangian "DIOR" nyer.. hehehehe.. Ok! Stop cite pasal shopping. Sesudah jejalan lapar la pulak perut kannn dan kiteorang pon "usha2" la tempat untuk minum petang kat sekitar Alamanda ni. Mula2 plan nak ke "Penang Village" tetapi macam ade choice yang lagi best je..dan restaurant yang menjadi pilihan ialah BAYOU!.."Western Asian Cuisine"


Lukisan ni betol2 menceriakan suasana di dalam restaurant..

Susun aturnya pon amat la menarik...

Asian Appetizer


Menu yang di tawarkan kat BAYOU ni pon sangat menarik dan harganya sangat la berpatutan..
Menu yang menjadi pilihanku di petang itu adalah Japanese Crabmeat Roll!...Rm6.00

Crabmeat roll ni sangat la sedappppp!!!...memamng puas ati!

Menu pilihan Wani Eddany pulak Nasi + Ayam Kicap!...Rm8.50...Memang terbaeeeekkk!!!

Siap Candle bagai kannnn...hehehe

Suasana di dalam restaurant ni sangat la aman
 dan damai..Aku memang suke pegi tempat2 yang macam ni coz macam tak terlalu crowded and more privacy..


Kemas dan sangat menarik!


Lampu2 yang bergantungan menyerlahkan lagi keindahan reka dalaman restaurant ni...



Ok..tak de rezeki hari tu nak try diaorang punya dessert coz sume da habis....sedeyyyyy betol..tapi tak pe la next time bole datang lagi coz memang puas ati makan kat sini!...

Pade sesape yang nak datang ni addressnyer :

Bayou,
G88, Alamanda Shopping Centre,
Jalan Alamanda Precint 1,
62000 Putrajaya
Wilayah Perseketuan Malaysia
Tel : 03 8889 3890



Monday, 16 May 2011

Tutti Frutti

BerTutti Frutti selepas balik daripada  keje adalah satu nikmat yang tidak dapat di gambar kan dengan kata2...Hehehehe..Segala tekanan kat office hilang terossss dengan menikmati "Frozen Yogurt" ini. Hehehehe... Sebenarnya "Frozen Yogurt' ni adalah alternatif kepada ice cream. Kandungan gula di dalam ice cream yang tinggi menyebabkan ramai yang prefer mengambil "Frozen Yogurt" Tutti Frutti..Nak diet katernyer kannnn...hahaha..Rasenyer tidak la se "mual" makan ice cream yang lain dan sangat sedap!...Anda patut mencubanya!

Manfaat kesihatan yang boleh didapati daripada "Frozen Yogurt" ini (sumber Tutti Frutti webpage) :
  • Memperkuatkan sistem ketahanan badan
  • Mencegah sembelit, diarrhea dan juga kembung
  • Mencegah kanser usus
  • Menurunkan tekanan darah
  • Menurunkan kadar kolestrol
  • Mengurangkan keradangan
  • Mencegah bakteria berbahaya
  • Meningkatkan kesihatan bakteria dan enzim yang baik untuk tubuh





First time masok ke Tutti Frutti memang la macam terpinga-pinga sekejap. Actually senang je..

Just follow je step kat bawah ni:
  1. Pilih mangkuk seperti mane yang anda mahu..(ada size kecil, sederhana dan besar)
  2. Pilih flavour yang anda suka (opsss!...flavour dia terhad actually dan bertukar2 setiap hari)
  3. Tambahkan topping juga seperti yang anda inginkan. (decorate la cantik2 yer..hehehe)
  4. Timbang di kaunter dan bersiap sedia la dengan wangnya wokeyhh! (100 g = RM5.30 sahaja....selamat menjamu!)


Taraaaaaaaa.....cantik tak selepas kiteorang decorate....


                 Pomegranate flavour = Rm14++      
    

            Original + Vanilla + Strawberry flavour = RM18++
                                                                                                   

Muke stress terus menjadi ceria...gamaknyer kannnn...


Kiwi + Strawberry + Marshmallow + Chocolate = Nyum2!



* Anda bole la berkunjung ke outlet Tutti Frutti yang berdekatan yerrr untuk merasa sendiri kesedapan "Frozen Yogurt" ni....;D


Saturday, 14 May 2011

Serai, Empire Mall Gallery Subang

 Salam...

Minggu ni nak update blog berkenaan dengan Jalan2 Cari Makan lagi....hahaha...Actually da lama mengidam Berry Pavlova ni. Cuma tiada masa terluang mahu ke Empire Mall. Nak di jadikan cerite selepas beransur pulang dari wedding Elly & Edy kat Taman Tasik Titiwangsa teros "shoot" ke Empire Mall Gallery, Subang sebelum hantar 1 of my best friend, Jac kat Shah Alam. Punyalah jalan dan teros berjalan kt Empire, kiteorg pon terserempak la dengan Berry Pavlova nih!. dan name kedai yang menjadi pilihan adalah SERAI. Mane tak meleleh ko tgk Pavlova nih!..memang menghairah kan!..betol x???..So enjoy the picca ok...Have a great weekend uolsss...;D



     Ni la dia Berry Pavlova..Harganya bole tahan!...rm14.80..


        Berry + Strawberry...Mengiurkan!...sooooo nyummeh!


Sempat lagi berposing kannnnn...hahahaha


Owh!!....sangat la manis la Berry Pavlova ni...Kalo selalu sangat makan memang bole kena kencin manis!..hahaha


Selain Berry Pavlova, SERAI ade juga menyediakan dessert2 sampingan yang lain...My friend Jac & Zul pulak mengidam Macaroons...so diaorang ambil Macaroons ni...so colorful kannn...


                    Macaroons owh Macaroons!


Macaroons kt SERAI ni harganya not bad la....rm3.80 seketul!


Haaaaa....ni dia my best friend forever!...Jac!...mengidam sangat Macaroons kannn...


I suke gile ngan color Turquoise tu!...sangat cantik!..Rasenye sedappp!!


 Colorful!


 Lime Calamansi Mint Soda. Rm8.++ Ade daun Mint bagai!...da mcm hutan rimba belantara btol x?



Ok..pada sape2 yang mahu bertandang bole la try Berry Pavlova & Macaroons kat kedai ni....Siap bagi address lagi...hehehe

SERAI
LG37, Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya.

Tel: 03-56370706

Wednesday, 11 May 2011

The Royal Wedding

Tanggal 29/4 menjadi tarikh bersejarah untuk seluruh kerabat Diraja Britain. Kemeriahan majlis persandingan Di Raja  Putera William dan juga isterinya Catherine (Kate) Middleton terus hangat di perkatakan walaupun majlisnya sudah berlalu seminggu lepas. Majlis yang di penuhi dengan adat istiadat itu turut di hadiri oleh ramai tokoh ternama dari seluruh dunia termasok la Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan juga isteri Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Kehadiran beberapa selebriti popular yang turut di undang, tampil tidak kurang hebatnya termasok la David Becham dan Victoria, Sir Elton John , Guy Ritchie serta tetamu kehormat yang lain. Meh kite tinjau sorotan aksi-aksi pasangan Di Raja ini dari tetamu hingga la ke ke akhir majlis..



Love this picture.. Gaun pengantin Alexander McQueen sememangnya menyerlahkan lagi keayuan Catherine (Kate) Middleton


Kad undangan di hari bersejarah


Antara tetamu yang di jemput hadir


Waaaahhhhh!!...GLAM betol kakak 2 orang nih!...


Saat kehadiran David & Victoria Becham. Victoria hadir dengan memakai pakaian rekaan peribadinya di sarungi kasut jenama "Christian Louboutin ". Si David Becham tak mahu kalah bergaya dengan suit "Ralph Lauren".


Owhh!....Victoria khabarnya akan menimang cahaya mata perempuan. Bersama-sama kita nantikan...


Biru bangattttt....


Kate Middleton di iringi keluar...


Lambaian seorang puteri...


Ketika di iringi menuju ke dalam gereja




Pandang-pandang...Jeling-juling...



Diarak menaiki kereta kuda yang berusia 100 tahun...


Kissing time...hehehe



"Family potrait"...bergambar kenangan bersama kaum kerabat DiRaja.. Turut kelihatan Ratu Elizabeth..