Thursday, 7 April 2011

STYLO Fashion Festival Grand Prix KL 2011


STYLO Fashion Grand Prix KL 2011 kembali lagi sebagai menghangatkan lagi perlumbaan Petronas Malaysia Formula 1 Grand Prix ke-13 yang dijadualkan berlangsung selama 8 hari bermula 3 April.

Dibawakan oleh Mercedes-Benz dengan kerjasama Litar Antarabangsa Sepang dan Ford Models Supermodel of the World Search 2011, festival fesyen tahun ini memilih tema Teater Fesyen yang akan berlangsung di tiga lokasi berbeza.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Stylo, Dato Nancy Yeoh berkata, STYLO adalah kaleidoskop hiburan fesyen yang berupaya untuk menggapai minat para peminat sukan F1 untuk mengikuti perkembangan terbaru industri fesyen.

Tambahnya, festival kali ini merupakan modus operandi terbaik untuk mengorak pengalaman fesyen di arena tempatan mahupun antarabangsa.

"Bersempena tema itu, STYLO akan bekerjasama dengan nama-nama terkenal dalam industri fesyen tempatan dan juga antarabangsa bersama dengan penggerak-penggerak teater seperti Stephen Rahman Hughes dan Ramin Karimloo. Ramin Karimloo pernah membintangi Phantom of The Opera, karya Andrew Lloyd-Webber," katanya.


Festival pada tahun ini membuka tirai dengan pertunjukan fesyen perdananya, STYLO Fesyen Ball. Acara ini akan dihadiri supermodel, penggemar fesyen, socialite dan tidak ketinggalan pelumba F1 yang akan diberi penghormatan melalui karpet merah majlis itu nanti.


Di lokasi yang dirahsiakan, sebuah bangunan pasca Perang Dunia Kedua akan diubah menjadi 'The Scarlet Theatre' bagi menempatkan acara gala berprestij STYLO seperti Anugerah Fesyen Mercedez-Benz, Gala ala Teater Aladdin Harem Visa dan Gala Glass Slipper Kementerian Pelancongan.

Tidak ketinggalan juga, pembukaan perdana Fashion Ball yang menampilkan finalis Ford Models Supermodel of the World Search Malaysia 2011.

Selaras dengan inisiatif tanggungjawab sosial, acara ini juga akan mengetengahkan mesej berbentuk pemeliharaan alam sekitar melalui program Emerging Designers Competition iaitu sebuah pertandingan rekaan fesyen bertema 'Gaun Kertas', menampilkan repertoir koleksi yang dihasilkan dari kertas-kertas terpakai dan fabrik-fabrik kitar semula.

Antara badan-badan lain yang terlibat dalam pertunjukan fesyen ini adalah MODA (Persatuan Pereka-Pereka Rasmi Malaysia), BDA (Persatuan Pereka-Pereka Bumiputera), YODA (Arena Pereka-Pereka Muda) dan IFF (Festival Fesyen Islam) bersama-sama dengan pereka-pereka yang bukan dari badan-badan persatuan.

Pertunjukan akan bermula pada 3 April di Scarlet Teater dan berakhir di Litar Antarabangsa Sepang bersama finalis-finalis Ford Models Supermodel of the World Search Malaysia 2011 sebagai pembuka tirai bagi menyerikan konsert penyanyi Korea terkenal Rain, di konsert F1 itu nanti.


Meh la kite same2 tinjau antara fashion2 hangat semasa berlangsungnya majlis....huhuhu



Wow!...ni mcm sarang tebuan jew....


Material berasaskan kertas......kreatif kan?!


Wahhhhh...gigih betol!....jgn tgh2 catwalk kertas sume rabak da la kann....hehehe


Fashion apakah ini??


Rambutnyer......ish2!


Kreatif sungguh!


 Dah mcm antena plak kan?


Sangkar2 skli ko nk hangkut kan!


Gituhhh!!!...betapa gigihnyer Jovian menghasilkan rekaan ini....syabas!


Tema Jovian ialah The Trapped Cinderella



Congrats Jovian!...cuba uolsss tgk kasut tumit tinggi kat belakang tu...besauuuunyerrr

Wednesday, 6 April 2011

Anugerah Bintang Popular 2010

 Salam...

Bertemakan klasik elegant, Anugerah Bintang Popular tahun ini yang di adakan di Arena of Stars Genting Highlands julung2 kalinya diadakan untuk mengiktiraf penyanyi dan pelakon melaysia paling popular hasil undian para peminat. (Kalo rase2 diri tak fofular or fofular yang suam2 kuku ddk je la diam2 ok)...haha...Undian tetap sama iaitu peminat haruslah mengundi artis pujaan mereka di akhbar Berita Harian dan dengan undian yang paling banyak, maka artis tersebutlah akan dinobatkan mengikut kategori masing2 dan kategori yang utama iaitu artis PALING FOFULAR...Meh la kite jengok2 kemeriahan majlis iaitu dari karpet biru hinggalah ke post party sesudah majlis anugerah....zazzzzzzzssssss layannnnnn ok....


Wow!!....Dato' Siti look gorgeous sarat labuci di dada hasil rekaan pereka kegemarannya Rizman Ruzaini


Aaron Aziz with his wife di karpet biru...


Fafau malam tu datang dengan harapan at least boley bawa pulang 1 trofi....tak gitu Fafau??


Rambu, rambu, ramba...


Zizie tak lupa datang dengan husbandnya..


Suke gila dengan dress Yuna nihh...mcm 'Mysterious" sgtt!!!


Santeqqq sarinya...


Wahhhhhh!!!...Very d blink2 kan...


Kak Nita penuh bergaya malam tuhhh!



Pembuka tirai majlis Ning Baizura, Azlan, Dira and Farhan..



Congrats Faizal Tahir!


 Kan da kata...Fafau mst bawa pulang trofi punyerr


Congrats Shahir...



Dan Sebenarnya dari Yuna..




Bole pandang2, jangan pegang2...hehehe


Women in Black! 


Kumpulan HUJAN pon turut membuat persembahan..


Congrats Lisa Suri Rumah...


Gelagat mereka memang tak kering gusi!




Ratu rock kite Ella pon turut membuat persembahan....Love u Ella!



Aksi drama mereka di atas pentas memang membuatkan Arena of Stars bergempita...


Syamsul Yusof pon merah gak?!



Owhhhh no!!!!....mungkin itu yang di jerit kan mereka...huhuhu


Congrats Rabbani for Anugerah Artis Nasyid Fofular


You look gorgeous Fasha!


Kak Nita walk with Glam!....i loikeeee!!!..


Woot2!....masih bertenaga lagi Kak Nita ni yer and still bole menari lagi dengan high hell nyer...hahah...jgn terpeleot sudah la ye Kak Nita...


Dato' Siti nampak tembam la....senang ati katernyerr...


Hehehe....Dato' K pon adew...


You look smart Awal with this suit..


Terkehel pulak laaa kepala si Lisa ni nnt....hehehe


Ku kan terus mencinta....SEDETIK LEBIH.........selepas selamanya......lalalala...


Ayunya Rozita Che Wan...


Stacy


Ketepiiiiiiiii......Ketepiiiiiii.....hahaha


Sape yang setuju sile angkat tangan mcm saya......


Inilah dia Bintang Paling Popular 2010 Shaheizy Sam....congratss!!!....Hangkut Nissan Teana sebijik + Mutiara Rafflesia...bertuah badan...wilcha tu kalo nak hangkut sekali pon tak pe Sam...hahaha



Bukan Cinta Biasa...



I want nobody2 but YOU!...lalala....persembahan mantap dari Dato' Siti menutup tirai anugerah ini....



Scha & Liyana Jasmay @ Post Party ABP



Wow!... merahnyer mak ngah!!


Jojie & Ella @ Post Party ABP


Smiles...


 Biler la kak Ning and husband nak timang baby nih....


Jeng2!!....Ouch!


Sweet Couple...


Nape tu Awal??


Farah Diya diet ka?


Memey and Norman pon adewww gak???


Fida 


Besaunyer reben ko Aliyah!...nk lawan Lady Gaga kew?


Nur Kasih...


Apewww yang ko pakai ni Dafi???...ewwwwww...disaster!


Ayu betol Irma selepas kembali dari tanah suci...


Santeqqqqqnyerrrr dress Dato Siti nihhhhh!!


p/s : Yang kalah jangan termenung plak....cuba lagi tahun depan...heheh